♥ Lovely friends! ♥

Monday, December 20, 2010

Preview ~ Busana Pengantin

Sepasang lagi busana pengantin yang dikirim kepada saya untuk ditatarias dengan acrylic, manik dan jemeki. Nantikan ceritanya di siaran akan datang <3




Monday, December 13, 2010

❧ Ruby ❧

Akhir-akhir ini saya sangat tertarik dan terasa amat dekat dengan rona merah menyala. Kata teman, saya kemaruk dengan rona ini :) Sebenarnya saya gemarkan rona merah ini sejak bertahun yg lalu, mungkin juga tarikan pada warna merah ini diwarisi daripada almarhum nenda yang kebetulannya berdarah cina. Kenangan yang menggamit memberi inspirasi untuk saya mereka sulaman ini.




Wednesday, December 8, 2010

❧ Ruby Gold ❧

Paduan warna merah dan kuning keemasan memberi impak yang cukup menarik pada busana putih gading ini. Jahitan taliair nada sama menambah seri.






Kemasan manik di dada busana.




Kuntuman comel dari jemeki dan manik mutiara menghiasi lengan busana

Tuesday, December 7, 2010

❧ Salam Maal Hijrah ❧



Butik Aleshya Sofea mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1432 kepada muslimin dan muslimat.
Semoga lembaran baru ini menguatkan semangat dan memberikan kekuatan kepada kita untuk mendapat keberkatan Allah s.w.t

Monday, November 29, 2010

❧ Lengan Busana Fairuz Faridah ❧









Hampir saja saya terlupa untuk menyiarkan sulaman ❧ Fairuz Faridah ❧ di lengan busana yang pernah saya muatkan di laman ini. Juntaian manik-manik comel menghiasi hujung lengan menjadikan lengan busana memberat dan nampak manis. Lingkaran tali air yang ringkas disulami kuntuman rona biru, hitam dan ungu memberikan sentuhan yang elegant pada busana ini. 




Thursday, November 25, 2010

❧ Tasha Pink Buds ❧

Busana chiffon yang sangat lembut dan harum semerbak, mengingatkan saya pada kuntuman mawar yang semerbak baunya di taman almarhum nenda bertahun yang lalu. Inspirasi dari kuntuman mawar itu saya garapkan di busana ini. Kelihatan manis di dada sipemakainya..









Monday, November 22, 2010

❧ Nursidah Sammar Biru ❧

Sewaktu saya masih menyulam manik dan jemeki di busana indah❧ Dahlia Rose Quartz ❧ seorang kenalan  meminta saya menyulam busana pengantin untuk kekandanya yang akan melangsungkan perkahwinan. Sehelai selendang mewah bertatah manik halus dikirim sebagai panduan warna sulaman. Masa yang diberikan untuk saya agak singkat tetapi memadai untuk saya siapkan lengan dan hem busana ini. Saya teruja melihat busana ini yang berseri setelah disiapkan. Semoga yang empunya busana juga begitu. Selamat menempuh alam perkahwinan ya dik.. :)









Selendang yang dikirim untuk panduan warna..


Sangat berseri dan cantik sekali..


Busana yang masih kosong..harum sekali.. :)

Saturday, November 20, 2010

❧ Glitter Amber ❧

Satu lagi busana sutera dari pelanggan sama yang inginkan rekaan Baiduri. Kali ini rekaan Glitter dipilih. Hanya warna labuci persis rona amber dipilih untuk menaikkan seri busana.




❧ Baiduri ❧


Baju berjemeki halus warna biru muda ini sudah lama disiapkan, sayangnya rakaman imej busana sutera yang lembut ini baru sahaja ditemui. Sebahagiannya pula masih dalam pencarian. Teruskan menikmati keindahan garapan unik ini, seakan berada di taman dasar laut .. :)





Tuesday, November 16, 2010

❧ Dahlia Rose Quartz ❧

Kesihatan yang tidak mengizinkan melewatkan aktiviti menyulam manik, akrilik dan jemeki pada busana Dahliana ini. Akhirnya dapat juga saya siapkan sulaman penuh rona fuchsia di leher busana. Sementara lengan busana dirias sederhana dengan kuntuman comel..



Semarak rona fushia, indah dan berseri..


Sulaman yang hampir siap.




Terima kasih Dahliana diatas kesudian memberikan peluang untuk saya merias busana pernikahannya. Selamat pengantin baru, semoga bahagia sehingga kepintu syurga   

Wednesday, November 10, 2010

Preview ~ Dahlia Rose Quartz

Busana pernikahan milik gadis kecil molek yang akan melangsungkan pernikahan Disember ini. Masih dalam pembikinan. Tunggukan kilauan jemeki dan akrilik yang memukau ini..





Wednesday, November 3, 2010

❀ Crumble Mayang Sari Ana ❀

Ini Crumble Mayang Sari Ana. Rekaan pilihan Ana untuk busana hijaunya. Namun untuk mengekalkan rekaan yang eksklusif untuk busana Ana ini, sedikit olahan dilakukan apabila sulaman ini diserikan dengan  batu akrilik dan labuci kelopak bunga. Semoga Ana gembira dengan hasilnya.