♥ Lovely friends! ♥

Thursday, December 22, 2011

✿*゚Sweet Pea for Mum and Baby Girl

Hi! Again, I'm so busy to update my blog. However, I would like to share this beading that I've made for Hani and her baby girl. Hani contacted me and asked me to design and do beading on the hem and at the end of her baju kurung sleeves. The white satin baju kurung was to be worn to a wedding. She also asked me to do a simple beading on the shoulder of the clothes. And for her baby girl, it was just a simple stitching of pink ribbon flowers; and pink and green beads. ✿◕ ‿ ◕✿

Beading on the hem and end of sleeves




The girl's baju kurung

Monday, December 5, 2011

✿*゚Citrine

     Assalamualaikum. Pagi ini sedikit mendung tetapi nyaman sekali. Saya sedikit mengantuk tetapi mahu terus berkongsi hasil sulaman saya pada pagi ini. Edisi perkahwinan diteruskan dengan jubah kuning milik Has yang minta dirias untuk majlis pertunangannya. Has mahukan gandingan warna krim, pic dan merah. Material jubah yang tetal memudahkan proses menyulam manik. Saya gunakan patch lace sebagai base dan kristal cina, manik kaca dan akrilik merah saga disulam kemas diatas patch lace  yang telah disusun dan dijahit terlebih dahulu pada bahagian hadapan jubah. Nyata taruhan warna merah dan krim untuk jubah kuning ini namapak menyerlah untuk Has gayakan pada majlis pertunangannya. Tahniah Has! ✿◕ ‿ ◕✿

Kredit gambar pada jurufoto Has :) Macih





Tuesday, November 29, 2011

✿*゚Silver Butterfly

   Hellooooooooooo, salam pagi Selasa yang ceria!! Siaran pagi ini juga edisi perkahwinan.  Istimewanya, saya diminta menyulam manik pada jubah moden polos untuk digayakan pada majlis khatam Al-Quran sempena pernikahan teman baik Najihah. Najihah rakan sekerja saya datang membawa beg berisi sehelai jubah warna fushcia yang terdapat sedikit perincian manik di bahagian leher. Kata Najihah, temannya mahukan rekaan yang sarat di leher dan bawah baju. Oleh kerana saya pernah menggandingkan warna putih, silver dan pink lembut pada sehelai kebaya warna serupa, kali ini saya mencuba gandingan warna biru metallic, pink dan silver pula. Kristal cina pelbagai bentuk dari rona biru metallic, glass pearl  dan akrilik yang pelbagai menaikkan seri jubah chiffon ini. Kuntuman teluki dari labuci rose bowl tambah menyerikan sulaman sedia ada.   ✿◕ ‿ ◕✿

Sebelum Make over..







Tuesday, November 22, 2011

✿*゚Ivory, Bingkisan untuk Shafiq dan Faezah

     Assalamualaikum dan selamat pagi. Sudah lama saya tidak bersiaran apabila tuntutan kerja membataskan masa saya untuk berkongsi bingkisan disini. Kini saya sedikit lega kerana ada masa terluang untuk saya menyulam manik dan menyiarkan hasil sulaman disini,  Sewaktu aidil fitri yang lalu saya telah menerima banyak tempahan sehingga ada tempahan yang terlupa untuk saya berikan kata putus kerana terlalu sibuk. Maaf saya pinta dari mereka yang hampa. Semoga ada rezeki kita dilain waktu ya. Lazim, cuti sekolah yang bermula menandakan banyak majlis perkahwinan yang akan diadakan. Saya juga semakin sibuk menyiapkan sulaman untuk majlis-majlis sebegini.

     Tirai edisi perkahwinan saya mulakan dengan sulaman manik pasangan Shafiq dan Faezah yang telah selamat diijab kabul pada 11.11.11 yang lalu. Sulaman untuk Shafiq ringkas sahaja agar tampak berbeza dengan pengapit yang mengenakan baju melayu warna serupa. Faezah pula mahukan french lace  yang digunakan untuk baju di olah pada kainnya. Saya juga diminta untuk menghasilkan veil untuk Faezah yang digayakan sewaktu akad nikah. Pilihan untuk pengantin tentu sahaja  glass pearl warna putih gading dan perak dan kristal warna jernih yang kelihatan cukup anggun dan mewah apabila digandingkan bersama... Semoga bingkisan kali ini mengubat kerinduan anda   ✿◕ ‿ ◕✿

Gambar ihsan dari album perkahwinan mempelai.







Tuesday, October 18, 2011

✿*゚Cheryl Crumble

Assalamualaikum. Satu lagi rekaan crumble jadi halwa mata hari ini. Kali ini saya siarkan crumble dari variasi manik mutiara, lamp glass beads bentuk hati dari pelbagai rona merahdan kristal yang tampak bersinar bila terkena cahaya lampu. Gandingan warna yang pelbagai menaikkan seri kurung Riau satin berwarna hitam ini.
✿◕ ‿ ◕✿








Monday, October 10, 2011

✿*゚Kartina Crystal Crumble




Hai semua, sepasang lagi baju kepunyaan  Kak Tina jadi halwa mata pagi ini. Kurung moden batik campuran warna warna pelangi ini sukar saya padankan dengan manik dan kristal yang betul-betul menaikkan seri. Namun, bila saya cuba gandingan pink, biru muda dan merah saga, sulaman tampak menyerlah ;). Pilihan lamp glass beads bentuk hati, manik mutiara dan kristal nampak menyerlah bila disulam bersama. 
✿◕ ‿ ◕✿

Wednesday, October 5, 2011

✿*゚Kartina Emerald Crumble

Assalamualaikum, waktu mengemas kini  folder-folder yang ada simpanan gambar-gambar sulaman manik semalam, saya terkejut kerana masih ada lagi Koleksi Aidilfitri 2011 yang belum saya paparkan disini. Untuk Kak Tina, maaf dari saya, semoga tak berkecil hati menanti koleksi peribadi yang tak disiarkan lagi. Material dikirim Kak Tina, kain chiffon eksklusif yang begitu lembut dan fragile. Hampir saja saya patah semangat mencari rekaan yang sesuai. Mengenali Kak Tina, rekaan yang dihasilkan harus mempesona seperti orangnya juga ;). Akirnya saya memilih filigree klasik warna emas sesuai untuk lebaran yang saya gandingkan dengan crumble dari manik mutiara, kristal china dan akrilik warna zamrud. ✿◕ ‿ ◕✿ 



Tuesday, October 4, 2011

✿*゚Dahlia

Hai semua! Secara peribadi saya sangat sukakan rekaan untuk kurung Johor milik kakak Kamsiah yang saya paparkan hari ini. Saya cuba mencipta kelainan dengan menyulam kuntuman dahlia dan taburan manik mutiara, kristal China dan akrilik pada hadapan baju, bawah baju dan hujung lengan. Kerja-kerja menyulam juga mudah kerana materialnya yang tetal.Hasilnya, sangat menarik untuk digayakan ✿◕ ‿ ◕✿






Friday, September 30, 2011

✿*゚Yeni Jasper Crumble

Salam pagi yang damai untuk semua. Crumble yang ringkas untuk digayakan Yeni saya sulamkan pada kurung Johornya. Material chiffon warna biru berbunga merah ungu cukup mempesona namun agak susah bagi saya untuk menyulam manik pada kurung Johor Yeni yang terlalu lembut dan bertenun halus ini. Akhirnya, saya akur dan sulaman crumble yang ringkas sahaja dapat saya hasilkan.  Untuk tak menghampakan, kuntuman camellia saya selitkan agar crumble lebih berseri ✿◕ ‿ ◕✿ 





Thursday, September 29, 2011

✿*゚Fayrouz

Assalamulaikum dan salam pagi yang ceria!!! Ramai yang menghubungi saya dan meminta contoh-contoh sulaman yang ringkas tetapi menarik. Sebenarnya banyak juga tempahan untuk sulaman yang ringkas sebegini namun saya sering saja tak berkesempatan untuk merakam gambar rekaan yang ringkas. Kebanyakkan pelanggan yang mahukan rekaan seperti ini mahukan sulaman cepat siap dan segera pula mengambilnya dari saya usai sulaman disiapkan. Terasa pula seperti menggoreng pisang, masih panas sudah diambil orang. Paparan pagi ini milik kenalan adik ipar yang mahukan sulaman ringkas. Masa yang diberi juga pendek. Maka crumble ringkas disudahi dengan manik tabur penuh di hujung lengan jadi halwa mata pagi ini. Sempat juga saya rakam rekaan pada kurung moden ini sebelum ianya dipos ✿◕ ‿ ◕✿ 





Wednesday, September 28, 2011

✿*゚Bijou

Hellloooooooooooo!!! Paparan hari ini masih lagi berkisar tentang koleksi Aidilfitri 2011. Kain cotton bercorak abstrak yang berona gelap ini kasap dan memudahkan proses menyulam manik. Akrilik warna kuning yang memancar dan kuntuman flower bowl warna sama menaikkan seri kurung ini. Kristal China dan mutiara kaca warna perak, emas dan jingga menambah ceria  ✿◕ ‿ ◕✿ 







Tuesday, September 27, 2011

✿*゚Butterfly: The Series ~ Azlin Pink Glasswing

Selamat pagi!!! Saya dihimpit kesibukan beberapa hari ini. Lakaran yang dibuat untuk sulaman manik pada baju pelanggan membuatkan saya tidak sabar untuk menyulam manik. Namun, saya harus mendahulukan beberapa tempahan yang agak lama disimpan. Hampir saja tak berdebu! Untuk hari ini, saya paparkan sulaman crumble berbunga yang saya sisipkan dengan sang rerama dari akrilik dan kristal. Bosan dengan kuntuman teluki yang biasa saya sulamkan untuk baju-baju Azlin, kali ini saya sulamkan pula bunga sisik ikan warna ungu gelap berlapis labuci merah samar. Sulaman kali ini memberi sedikit kelainan pada sulaman crumble yang pernah saya hasilkan ✿◕ ‿ ◕✿