♥ Lovely friends! ♥

Thursday, July 28, 2011

❧ Azlin Coral Crumble ❧


Selamat pagi yang ceria semua ^_^ Jika semalam saya siarkan crumble rona hijau biru, sulaman sejuk mata memandang untuk kurung biru Azlin, hari ini saya siarkan pula crumble gandingan merah menyala dan manik mutiara keemasan untuk sepasang lagi kurung merah crimson  milik Azlin. Kata Azlin, mahukan rekaan yang grand  dan menyerlah. Hampir saja saya keputusan idea lalu saya berehat seharian dari menyulam manik. Lucunya inspirasi dari rancangan kartun kegemaran si kecil " Dive Olly Dive! "  saya garapkan pada kurung merah bata ini.  Akrilik segiempat merah hati dan bebola kristal merah cili disulam berselang seli dengan kuntuman flower bowls menyerlahkan lagi sulaman. Jahitan tali air yang tidak seragam dan melintuk liuk disulam menjalar ke atas memberi ilusi jejari batu karang dasar laut. Semoga anda terpesona !  ✿◕ ‿ ◕✿








2 comments: