♥ Lovely friends! ♥

Tuesday, November 22, 2011

✿*゚Ivory, Bingkisan untuk Shafiq dan Faezah

     Assalamualaikum dan selamat pagi. Sudah lama saya tidak bersiaran apabila tuntutan kerja membataskan masa saya untuk berkongsi bingkisan disini. Kini saya sedikit lega kerana ada masa terluang untuk saya menyulam manik dan menyiarkan hasil sulaman disini,  Sewaktu aidil fitri yang lalu saya telah menerima banyak tempahan sehingga ada tempahan yang terlupa untuk saya berikan kata putus kerana terlalu sibuk. Maaf saya pinta dari mereka yang hampa. Semoga ada rezeki kita dilain waktu ya. Lazim, cuti sekolah yang bermula menandakan banyak majlis perkahwinan yang akan diadakan. Saya juga semakin sibuk menyiapkan sulaman untuk majlis-majlis sebegini.

     Tirai edisi perkahwinan saya mulakan dengan sulaman manik pasangan Shafiq dan Faezah yang telah selamat diijab kabul pada 11.11.11 yang lalu. Sulaman untuk Shafiq ringkas sahaja agar tampak berbeza dengan pengapit yang mengenakan baju melayu warna serupa. Faezah pula mahukan french lace  yang digunakan untuk baju di olah pada kainnya. Saya juga diminta untuk menghasilkan veil untuk Faezah yang digayakan sewaktu akad nikah. Pilihan untuk pengantin tentu sahaja  glass pearl warna putih gading dan perak dan kristal warna jernih yang kelihatan cukup anggun dan mewah apabila digandingkan bersama... Semoga bingkisan kali ini mengubat kerinduan anda   ✿◕ ‿ ◕✿

Gambar ihsan dari album perkahwinan mempelai.







No comments:

Post a Comment