♥ Lovely friends! ♥

Monday, January 31, 2011

❧ Reha Red Crumble ❧

Kesibukan di bulan Januari menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk menyiarkan beberapa hasil kerja yang telah disiapkan sepanjang Disember lalu. Kali ini saya kongsikan gambar busana Reha. Pelbagai jenis manik rona merah, kuning dan keemasan saya sulamkan di lengan bajunya. Hasilnya, sulaman yang sangat menarik untuk digayakan ^_^ .Terima kasih kepada Sheik Azmi yang sudi berkongsi ilmu bercrumble dan tips berguna (:




Tuesday, January 4, 2011

❧ Teeka Lace Agete ❧

Lama juga saya berhibenasi dek sibuk menyiapkan beberapa tempahan sepanjang Disember yang lalu. Antaranya sepasang persalinan pernikahan dari material chiffon yang sangat lembut ini. Sulaman berhalus pada busana pengantin Tika ini agak rumit kerana materialnya memerlukan ketelitian sewaktu menyulam manik. Seringkali, saya diduga apabila mendapat tempahan busana pengantin. Jika tempahan busana yang lalu saya diserang demam dan batuk-batuk, kali ini 2 putera comel saya pula yang demam kala menyiapkan tempahan ini. Justeru busana ini agak lewat disiapkan dari waktu sasaran saya. Untung juga, hari pernikahan si dara masih berbaki masanya. 






Sewaktu mencari idea dan membuat lakaran terbayang gaya pengantin Inggeris Klasik yang penuh dengan sulaman renda  dan batu permata. Lantas saya jadikan inspirasi untuk gaya sulaman kali ini.  





Sulaman mewah  acrylic dan jemeki dilengan