♥ Lovely friends! ♥

Monday, February 28, 2011

❧ Reha Topaz ❧

Kurung johor kedua yang dikirim Reha untuk dimanikkan berona kehijauan dengan tompok-tompok jingga. Sekali pandang, tergambar rekaan yang sesuai untuk saya sulamkan pada lengan kurung ini. Walaupun Reha menunggu agak lama untuk menggayakan kurung johor ini, Reha gembira dengan hasilnya. Terima kasih daun keladi, jangan lupa hantar lagi! ^^




Monday, February 21, 2011

❧Aisha Garnet❧

Sewaktu mengirim kurung kuning berbunga dark pink ini, Aisyah mahukan rekaan Dahlia Rose Quartz di sulam pada kurung Johor sutera ini. Rekaan baju yang berbeza menyukarkan saya untuk mengikut rekaan tersebut. Malahan saya ingin kurung Johor ini juga eksklusif maka saya ilhamkan rekaan yang hampir sama tapi ada keunikan tersendiri dan kelihatan anggun. Ini rekaan halwa mata untuk hari ini sayangku! :)









Sulaman mekar dilengan..

Monday, February 14, 2011

❧ Ayu Emerald ❧

Kurung batik contemporary putih hijau yang dikirim Ayu agak sukar di sulam manik kerana materialnya yang lembut dan nipis. Rekaan yang tidak sarat dan berat dipilih agar nampak terletak dan memberi seri kepada sipemakai. Hasilnya mempesonakan dengan rona hijau yang pelbagai.







Hujung lengan diserikan dengan juntaian kristal




Monday, February 7, 2011

❧ Rose Amethyst Crumble ❧

Seingat saya, Roslinda adik ipar saya yang menetap di Shah Alam ada meminta saya menyudahkan sulaman pada baju kurung putih berbunga ungu kerana waktu itu beliau hamil anak kedua dan kurang sihat.Saya diamkan sahaja kerana kesibukan masa. Kunjungan saya kerumahnya tahun lalu mengingatkan saya pada kurung ungu putih ini. Saya mengambilnya dan mula menyulam manik.Saya tidak membuka semula sulaman bunga comel yang ada pada lengan baju. Sulaman disempurnakan dengan menambah manik dan menghasilkan sulaman crumble rona Amethyst.

Lengan baju sebelum ditambah manik.




Inilah hasilnya ^^