♥ Lovely friends! ♥

Wednesday, March 30, 2011

❧ Nur Nilam ❧








Hi and morning sweethearts! Nur Nilam, rekaan yang saya sulamkan pada lengan kurung cotton Noni yang dibeli di Vietnam. Warna merah menyala kegemaran saya. Oleh kerana Noni mahukan design yang ringkas saya  ilhamkan kuntuman bunga dan acrylic rona intan pada kurung ini. Sengaja memilih warna biru yang tidak begitu menjerit untuk kuntuman labuci agar kelihatan manis pada si pemakai.

Tuesday, March 22, 2011

❧ Nadia Zirconia II ❧

Kali ini saya siarkan pula rekaan sulaman manik pada Tudung Ariani milik Nadia yang digayakan kala majlis penikahannya. Tinggal 2 minggu menjelang majlis akad, Nadia menghubungi saya dan meminta saya menyulam manik di Tudung Ariani yang telah pun ditatah kristal dan dilekat renda berbunga. Kata Nadia, tudungnya agak kusam dan tak sepadan dengan persalinan pernikahan yang berona emas dan perak. Apabila tudung putih gading itu sampai ke tangan saya, tak sampai sehari ianya siap bersulam jemeki rona perak dan bertatah kristal rona keemasan. Nadia tersenyum gembira dan puas hati dengan hasilnya. Alhamdulillah, saya juga gembira memberikan yang terbaik untuk Nadia. Terima kasih Nadia kerana mempercayai saya! :)


Tudung Aryani kepunyaan Nadia yang saya terima bertatah kristal dan dilekat renda berona perak. Ini rekaan  tudung Nadia sebelum diberi sentuhan saya.


Tudung Ariani milik Nadia lebih berseri setelah diberi nafas baru :)










Nadia di hari pernikahannya, gambar dari koleksi peribadi Nadia. Terima kasih  (✿◠‿◠) 

Monday, March 7, 2011

❧ Nadia Zirconia ❧

Rasanya sewaktu mengenali Nadia, dia masih kanak-kanak riang yang asyik tersenyum dan sibuk dengan aktiviti sekolah. Agak terkesan apabila menerima kiriman kurung moden putih gading untuk disulam manik. Kata Nadia, kurung moden ini akan digayakan kala majlis akad nikah beliau. Seperti tidak percaya, Nadia yang kecil molek kini melangkah ke alam rumahtangga. Sekeping gambar dikepilkan agar sulaman yang saya reka dapat diinspirasikan dari gambar yang dikirim. Saya cuba menghasilkan yang terbaik khas untuk Nadia bak menyulam untuk adik sendiri sementelahan adik-adik saya semuanya putera belaka. Semoga Nadia gembira dengan hasil kerjatangan saya ini. Selamat pengantin baru, semoga bahagia dan berkekalan hingga ke syurga.. 


Sulaman yang sedikit dramatik di hujung lengan