♥ Lovely friends! ♥

Monday, April 25, 2011

❧ Zu Mystic ❧

Hellooooo sayang-sayangku...  (✿◠‿◠). Kali ini saya siarkan Kurung Pahang milik kenalan yang telah lama tidak ketemu. Hanya telefon dan laman sosial Facebook  yang menjadi penghubung kami berdua. Zu mengirim kurung Pahang ini dari Kuala Terengganu. Kala menerimanya untuk disulam manik, saya termenung seketika, mencari idea, warna dan rekaan yang sesuai untuk kurung Pahang ini. Akhirnya dapat juga saya hasilkan rekaan yang sedikit berbeza dari selalu. Cuma, kasihan Zu terpaksa menunggu lama untuk menggayakan rekaan ini kerana tempahan yang menunggu bukannya sedikit. Maaf Zu, semoga penantianmu berbaloi.. :)






Monday, April 18, 2011

❧ Faradilla Diamonds ❧













Saya mengenali Dilla menerusi laman sosial Facebook. Setelah beberapa kali berbincang tentang harga dan rekaan, cubaan pertama Dilla untuk saya menyulam manik pada kurung polos yang baru dijahit tidak berjaya kerana ianya masih dalam pembikinan. Dilla tak patah hati, terus sahaja menghantar kurung moden gelap berbunga biru ini untuk saya siapkan. Rekaan pelbagai batu kristal dan manik-manik metallic menjadi pilihan Dilla untuk sulaman di leher sahaja. Rekaan ini mengambil masa yang tidak lama untuk disiapkan namun tetap menawan. Cumanya, kurung moden Dilla menjadi sedikit berat apabila telah siap disulam manik. Harap-harap Dilla suka rekaan saya kali ini ✿◕ ‿ ◕✿

Thursday, April 14, 2011

❧ Tasha Turquoise ❧

Hari ini saya sedikit gembira kerana banyak kerja yang telah saya siapkan. Dapatlah saya melakar corak dan menyulam manik dengan tenang selepas ini  (✿◠‿◠). Kali ini saya siarkan pula rekaan sulaman untuk kurung kain benang siam kepunyaan Natasha. Seringkali, sekiranya Natasha menghantar busana untuk disulam manik, saya terpesona dengan pilihan fabriknya. Fabrik mewah kotak-kotak merah samar dan biru muda ini agak kasap; memudahkan proses menyulam kuntuman jemeki dan acrylic.  Saya teruja untuk menyiapkan sulaman ini kerana tak sabar untuk melihat hasilnya. Apabila siap, saya cukup puas hati ;p. Semoga Natasha juga begitu. Terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan ^_^   











Thursday, April 7, 2011

❧ Faddhi Showers ❧

Selamat pagi semua!!! Kali ini saya siarkan kurung Johor hijau epal yang dikirim Kamsiah. Menariknya, kata Kamsiah pemilik kurung hijau epal ini pemalu orangnya. Maka, saya diminta menyulam manik seringkas mungkin agar kurung Johor ini lebih berseri. Rekaan yang diinginkan juga ringkas sahaja. Lama juga saya termenung memikirkan rekaan yang sesuai. Saya mahu empunya kurung Johor ini gembira dengan hasilnya dan rasa selesa tatkala menyarung kurung Johor yang telah bersulam manik. Tidak seperti tempahan lalu yang lebih berat dan elaborate, saya agak kekok memulakan sulaman pada mulanya. Alhamdulillah, dapat juga saya habiskan sulaman ini. Enjoy!!!


Sebelum terlupa, tempahan untuk Aidilfitri kali ini telah mula saya terima dan saya masih lagi menerima tempahan menyulam manik pada kurung, kebaya, jubah, tudung dan sebagainya untuk Aidilfitri ini






Monday, April 4, 2011

❧ Kartina Sari ❧

Sewaktu di hubungi Kak Tina untuk tempahan manik, saya tertarik dengan personaliti Kak Tina yang gemar warna-warna yang terang dan menarik. Kala meneliti kurung merah samar Kak Tina, terdetik untuk saya gabungkan warna hijau dan kuning sebagai sulaman di lengan kurung Johor ini. Namun, sulaman yang dibuat sedikit rumit kerana perlukan ketelitian kala menggabung warna-warna menarik yang disulam tabur  di sekeliling acrylic dan kuntuman bunga yang telah saya siapkan. Hasilnya,  menarik untuk digayakan Kak Tina!! Kali ini saya paparkan gambar-gambar yang agak banyak (✿◠‿◠)


Manik yang disulam pada badan kurung Johor Kak Tina