♥ Lovely friends! ♥

Monday, May 30, 2011

❧ Nur Lilac ❧

Salam petang Isnin sayangku. Tenggelam dalam kesibukan menguruskan diri dan keluarga, saya agak terlewat menyiarkan sulaman kasih pada hari ini. Sulaman kuntuman lilac dengan rona yang berbeza ini merupakan hasil rekaan yang pernah saya siarkan tidak lama dulu. Nurkhaznee, sepupu saya berkenan dengan sulaman yang hampir serupa yang pernah saya sulamkan untuk rakan baiknya Reha. Namun, kerana kesuntukan masa, sulaman untuk kurung Johor ungu gelap milik Noni (nama panggilan keluarga) lebih ringkas namun tetap menarik untuk digayakan pada majlis perkahwinan yang bertemakan rona sama (✿◠‿◠)






Noni, dua dari kanan gembira menggayakan kurung Johor yang telah siap bersulam manik. Gambar ihsan Noni.

Tuesday, May 24, 2011

❧ Ezzati Persian ❧

Salam Pagi Selasa Darlings!! Sulaman kuntuman teluki yang saya jahit pada kurung Johor kali ini mempunyai pelbagai variasi. Hati berbunga riang tatkala melihat hasil sulaman jemeki yang penuh di dada kurung Johor merah manggis ini. Sedikit sulaman rona emas dan merah samar saya sulamkan pada sulaman biku di lengan  baju. Sewaktu memulakan sulaman di dada kurung, teluki yang sekuntum saya tangkap gambarnya, terus dikirim pada Zati, pemilik kurung Johor sarat bersulam biku di lengan dan bawah baju. Apabila kata setuju telah diterima saya teruskan sulaman dengan teluki yang pelbagai variasi dan rona merah samar. Batu akrilik saya  sisipkan di celah-celah kuntuman agar lebih berseri. Kata Zati, cukup berpuashati! Saya apatah lagi. Senyum melirik tanda syukur ke hadrat ilahi. Terima kasih Zati, ada rezeki hantarlah lagi. (◡‿◡✿)







Friday, May 20, 2011

❧ Announcement ❧



Assalamualaikum sayang-sayangku, ingin saya maklumkan disini bahawa semua tempahan menyulam manik dan labuci sehingga hari raya telah ditutup. Saya mohon maaf sekiranya terpaksa menolak semua tempahan-tempahan baru. Terima kasih kepada yang telah menghubungi dan memberi kata putus untuk menempah sulaman dari Butik Aleshya Sofea. Alhamdulillah dan terima kasih atas sokongan semua. Kepada sayang-sayang yang terlepas tempahan, semoga ada rezeki  kita di lain waktu. Amin  (◡‿◡✿) 

Thursday, May 19, 2011

❧ Kamsi Daisies ❧

Assalamulaikum intan payung! (✿◠‿◠)   Hari ini saya siarkan kurung Johor Kelabu kasap milik Kamsiah. Kamsiah mahukan rekaan manik yang menjalar keatas. Saya kira taburan kuntuman biru nila yang bertaburan diserikan dengan dedaun rona sama cukup menarik untuk disulamkan pada kurung Johor ini. Sulaman tali air dan akrilik pula dijahit menjalar. Seterusnya, sulaman mutiara dan manik dari pelbagai rona biru menghiasi lengan kurung Johor ini,







Monday, May 16, 2011

❧ Kartina Crystal ❧







Hai semua!! Selamat pagi :) Tak sedar saya, kali ini masih tentang kurung Johor Kak Tina. Kak Tina mengirimkan kurung Johor hijau pucuk pisang untuk saya sulamkan manik pada lengannya sahaja. Memahami Kak Tina yang sukakan sulaman elaborate dan eksklusif, saya hampir buntu memikirkan rekaan yang sesuai. Akhirnya, saya memilih rekaan crumble untuk kurung Johor Kak Tina. 

Sunday, May 15, 2011

❧ Kartina Gold ❧

Hello sayang-sayangku  (✿◠‿◠), minggu ini saya siarkan satu lagi hasil kerja tangan saya. Kali ini sehelai lagi kurung Johor yang diserikan sulaman manik untuk Kak Tina.  Kata Kak Tina, mahukan rekaan yang glamorous untuk digayakan ke majlis persandingan anak teman yang menjadi juara Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia Musim Ke 2 . Puas juga saya membelek material yang dihantar, mencari idea yang bersesuaian dan segar untuk ke Majlis Perkahwinan. Apabila diamati, saya lihat rekaan bunga mawar pada kurung Johor ini cantik terletak dilengan kiri dan kanan, terlintas untuk saya kemaskan dengan highlight yang berbeza dari biasa, dengan sulaman sisik ikan membentuk kuntuman mawar dan diserikan dengan juntaian manik agar lebih glam!  Sulaman akrilik hijau epal dan kemasan juntaian manik di lapis kedua lengan tampak lebih grand. Sulaman di badan kurung Johor ini pula diserikan dengan akrilik dan sulaman bunga rona merah menyala yang memberi sedikit kontras kepada material rona oren. 


Kak Tina, manis bergaya bersama Ratu Sehari (Gambar ihsan Kak Tina)



Bahagian lengan sebelum dan selepas disulam manik




Monday, May 9, 2011

❧ Marzu Blossoms ❧

Assalamualaikum dan salam pagi Isnin semua! Semoga hari ini memberi lebih barakah dalam hidup kita :). Hampir seminggu juga saya diserang lelah, asma dan batuk berpanjangan. Bersyukur saya kerana diberi kesihatan yang semakin baik dua tiga hari ini. Dapatlah saya siarkan rekaan sulaman yang telah lama saya siapkan ini. Pilihan kurung Johor Marzurina untuk dimanikkan kali ini penuh rona biru dan hijau. Saya teruja untuk  menyulam manik dan labuci rona sama pada lengan baju Marzurina. Rekaan yang dipilih ringkas tetapi diserikan dengan taburan kuntuman flower bowl sequin yang comel dan kelihatan manis sekali