♥ Lovely friends! ♥

Monday, June 27, 2011

❧ Aisya Ficaria Crumble ❧

Salam pagi Isnin yang ceria sayang! Saya gembira hari ini kerana beberapa tempahan yang dijanjikan siap lebih awal seminggu. Alhamdulillah (^_^) . Tapi, kali ini saya siarkan  kurung Johor milik Aisyah yang berwarna ungu gelap. Puas juga meneliti rona yang sesuai untuk digandingkan dengan kurung Johor polos ini. Akhirnya, saya memilih untuk menggunakan akrilik, labuci, manik mutiara dan kristal rona kuning dan merah samar unttuk disulamkan pada kurung Aisyah ini. Gandingan merah samar dan kuning menyala membangkitkan keserian siempunya kurung polos ✿◕‿◕✿












Thursday, June 23, 2011

❧ Reha Blume Crumble ❧






 Assalamualaikum semua. Saya kesejukan pagi ini. Udara dingin kerana hujan lebat hampir saja membuatkan saya menggigil kesejukan tapi tidak mematahkan semangat untuk saya menyiarkan hasil sulaman untuk Reha. Kurung Johor kiriman Reha kali ini sarat warna. Setelah berbincang dengan mama yang sering jadi pengkritik setia, saya memilih warna mutiara, akrilik manik dan labuci rona turquoise  dan merah samar yang terang. Padanan dua rona ini begitu serasi dan kelihatan segar bersama. Akrilik rona biru muda mewarnai lengan baju dan disulam ala kejora menambat hati Reha. Kata Reha, ini rekaan saya yang paling disukainya. Terima kasih Reha, saya pastinya lega dan gembira ✿◕‿◕✿


Monday, June 13, 2011

❧ Azlin Azalea ❧

Salam pagi yang ceria untuk sayang-sayangku !! Paparan hari ini merupakan crumble yang diolah sedikit dengan kuntuman azalea dan akrilik rona biru muda. Kebaya biru kundang bermotifkan orkid warna biru gelap ini kiriman Azlin nun jauh dari pantai timur. Rona kebaya yang agak gelap menjadi latar warna yang menarik untuk sulaman crumble rona merah samar dan biru muda. Sulaman yang telah siap nampak menyerlah dan berseri. Apatah lagi si empunya kebaya yang jelas gembira dengan hasil sulaman ini (✿◠‿◠), pasti berseri kala menggayakan kebaya ini.








Tuesday, June 7, 2011

❧ Akmal Gold Crumble ❧

Salam pagi yang ceria untuk semua!! Beberapa minggu yang lalu saya dihubungi Akmal yang mahukan sulaman crumble untuk persalinan hari pernikahannya. Kata Akmal, saya perlu bermain dengan warna untuk menaikkan seri kurung moden rona keemasannya. Tidak mengambil masa yang lama untuk memilih warna dan rekaan yang sesuai, gabungan akrilik, filigree dan manik perlbagai warna emas, jingga, kuning dan  coklat membangkitkan seri kurung moden ini. Sentuhan sulaman menggunakan filigree pula memberi inspirasi klasik dan kelihatan mewah. Saya paparkan di sini sudut-sudut menarik persalinan penikahan Akmal (◡‿◡✿)







Thursday, June 2, 2011

❧ Citrine ❧

Selamat pagi semua!! Kurung Johor rona kuning dengan corak abstrak berbelang hitam dan merah manggis ini dikirim Kamsiah. Istimewanya kata Kamsiah, kurung Johor ini akan dihadiahkan ibu saudara Kamsiah untuk menantunya yang tersayang. Saya diminta menyulam manik yang ringkas di lengan dan depan baju. Campuran manik halus, labuci keemasan dan mutiara kuning berkilat disulam rapat-rapat di lengan baju. Manik tabur pula menghiasi depan baju menampilkan gaya yang berbeza dari sulaman saya yang terdahulu (✿◠‿◠)