♥ Lovely friends! ♥

Thursday, July 28, 2011

❧ Azlin Coral Crumble ❧


Selamat pagi yang ceria semua ^_^ Jika semalam saya siarkan crumble rona hijau biru, sulaman sejuk mata memandang untuk kurung biru Azlin, hari ini saya siarkan pula crumble gandingan merah menyala dan manik mutiara keemasan untuk sepasang lagi kurung merah crimson  milik Azlin. Kata Azlin, mahukan rekaan yang grand  dan menyerlah. Hampir saja saya keputusan idea lalu saya berehat seharian dari menyulam manik. Lucunya inspirasi dari rancangan kartun kegemaran si kecil " Dive Olly Dive! "  saya garapkan pada kurung merah bata ini.  Akrilik segiempat merah hati dan bebola kristal merah cili disulam berselang seli dengan kuntuman flower bowls menyerlahkan lagi sulaman. Jahitan tali air yang tidak seragam dan melintuk liuk disulam menjalar ke atas memberi ilusi jejari batu karang dasar laut. Semoga anda terpesona !  ✿◕ ‿ ◕✿








Wednesday, July 27, 2011

❧ Azlin Iris Crumble ❧

Assalamualaikum semua!!!! Sudah lama saya tidak bersiaran di sini gara-gara ketiadaan fasiliti internet di rumah. Doakan keadaan kembali pulih dalam masa yang terdekat ini okay. Kurung  rona biru hijau yang dikirim Azlin ini sudah lama disiapkan.  Azlin mengirim tiga pasang kurung untuk saya sulamkan dengan manik, mutiara dan akrilik. Saya gandingkan warna biru dan hijau untuk rekaan crumble ini. Kristal bebola, manik mutiara dan manik halus rona keemasan turut disulamkan dan memberi kesan menarik pada kurung ini. Nantikan siaran untuk dua lagi kurung Azlin yang akan saya siarkan tidak lama lagi ✿◕ ‿ ◕✿