♥ Lovely friends! ♥

Tuesday, August 23, 2011

✿*゚Jameela Jasmine Crumble

Assalamualaikum dan Salam ceria untuk semua, alhamdulillah dapat juga saya bersiaran pagi ini. Halwa mata yang saya paparkan kali ini juga milik Jamilah. Saya teruja menyulam manik pada kurung Johor gandingan warna magenta dan kuning. Rekaan pada kain cotton ini unik dan sedikit menonjol. Manik dan akrilik rona ungu, keemasan dan perang disulam membenuk crumble. Saya sengaja menyulam kuntuman Jasmin dari labuci jenis  flowerbowl dan akrilik kuning mengerlip memberi kelainan pada rekaan kali ini. Seronok dan gembira melihat hasilnya, semoga Jamilah juga gembira dengan rekaan saya ✿◕ ‿ ◕✿








Wednesday, August 17, 2011

✿*゚Jameela Camellia Crumble

Salam semua... Saya paparkan di sini kurung kuntuman mawar yang dikirim Jamilah juga dari Sabah. Masih mengekalkan kuntuman bunga bunga rona merah samar, saya sulamkan tiga kuntum di hujung bawah baju dan diserikan lagi dengan jahitan crumble. Sulaman crumble gandingan warna hijau, merah dan merah samar mewarnai hujung lengan. 





Tuesday, August 16, 2011

✿*゚Camellia Crumble

Assalamualaikum dan salam pagi Selasa yang ceria!! Pagi ini saya siarkan sehelai kurung Johor rona merah samar yang dikirim dari Sabah. Kurung batik ini sangat lembut dan eksklusif, membuatkan saya begitu teliti dan berhati-hati sewaktu menyulam dek takut kain yang begini mewah rosak dan tercarik. Saya meyulam kuntuman Camellia yang disulam menaik diikuti dengan crumble dibawah kurung dan hujung lengan. Pemilik kurung ini agak terkilan kerana mahukan crumble di keliling baju tetapi masalah komunikasi membataskan saya untuk menyulam manik sebegitu. Apapun, saya paparkan sisi menarik kurung ini disini..  ✿ ◕‿◕




Wednesday, August 10, 2011

❦ Kartina Laurel

Masih ingatkah lagi pada sulaman manik kuntuman teluki yang terletak cantik menghiasi kurung merah hati Ezzati? Kak Tina yang sering menghantar kurung untuk disulam manik mahukan gaya serupa, hendakkan yang glamorous  dan exotic katanya. Pada mulanya saya mengolah warna dan memilih rona ungu gelap untuk dipadankan dengan kurung moden ini namun apabila mms kuntuman rona ungu dikirim pada Kak Tina, beliau panik seketika apabila tersedar rona tudung yang kan digayakan juga ungu, takut tenggelam sulam maniknya nanti. Maka saya pun membuka sulaman kuntuman yang ada, dua kuntuman cuma dan mula menyulam manik warna merah samar pula. Hasilnya sedikit sama dengan kurung Ezzati tapi masih memberi kelainan dengan akrilik yang disulam ditengah-tengah bunga yang merimbun.. ✿◕ ‿ ◕✿ 






Tuesday, August 9, 2011

❦ Ezzati Calendula

Salam Selasa di Ramadhan yang mulia.... Kurung polos kuning yang disulam kerawang bronze gold  jadi pilihan halwa mata hari ini. Ezzati mahukan rekaan labuh di leher dan rekaan bebas bak kurung biru perak Kamsiah yang pernah saya siarkan disini. Deretan kuntuman kuning - emas dari flower bowl sequins dan kristal bebola emas gelap yang saya jadikan kelopak bunga memberi kesan klasik dan tampak eksklusif pada kurung ini. Lagi rekaan bebas dan menjalar yang saya hasilkan di bahagian bawah baju kelihatan manis apa lagi jika sudah digayakan nanti ✿◕ ‿ ◕✿









Friday, August 5, 2011

❧ Rustic Crumble ❧

Salam Jumaat semua.... Saya kehilangan beberapa set gambar sulaman yang disimpan dalam external hard disk  yang kini telah dimasuki virus. Setelah mencari dalam semua folder yang ada dalam komputer peribadi, dapat juga saya mengumpul beberapa keping gambar hasil sulaman crumble yang belum sempat saya siarkan di sini. Terdapat tiga rekaan crumble dari pelbagai rona menarik yang ingin saya kongsikan disini... enjoy! 
❀◕ ‿ ◕❀










Wednesday, August 3, 2011

❧ Azlin Dusty Pink❧

Assalamualaikum sayang!! Pagi ini saya siarkan kurung ketiga pilihan Azlin untuk disulam manik. Kurung merah samar lembut ini polos di hadapan dan bercorak ringkas di lengan. Azlin mahukan rekaan bebas yang mampu menaikkan seri kurung ini. Tidak lama memikirkan corak yang sesuai, saya mula melukis kuntuman menjalar dan mencuba warna sesuai. Kuntuman Azalea yang disulam menggunakan flower bowls 3 rona merah hati digandingkan dengan akrilik hijau zamrud dan ranting tali air warna keemasan memberi impak menarik pada kurung polos ini. Dalam teks BBM yang dikirim pada saya, Azlin nyata amat berpuas hati dengan rekaan pada ketiga-tiga helai kurung yang dikirim. Terima kasih Kak Lin dan syukur ke hadrat ilahi atas nikmat yang diberi ❀◕ ‿ ◕❀


Hadapan kurung, kerana kesuntukan masa, saya tidak sempat menggosok kurung Azlin ;)


Lengan kurung di sulam ringkas namun masih menawan


Tuesday, August 2, 2011

Announcement


Dikesempatan ini, kami di Butik Aleshya Sofea ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan untuk semua. Semoga kita semua mendapat keberkatan dalam menunaikan ibadat berpuasa.  ✿◕ ‿ ◕✿