♥ Lovely friends! ♥

Tuesday, October 18, 2011

✿*゚Cheryl Crumble

Assalamualaikum. Satu lagi rekaan crumble jadi halwa mata hari ini. Kali ini saya siarkan crumble dari variasi manik mutiara, lamp glass beads bentuk hati dari pelbagai rona merahdan kristal yang tampak bersinar bila terkena cahaya lampu. Gandingan warna yang pelbagai menaikkan seri kurung Riau satin berwarna hitam ini.
✿◕ ‿ ◕✿








Monday, October 10, 2011

✿*゚Kartina Crystal Crumble




Hai semua, sepasang lagi baju kepunyaan  Kak Tina jadi halwa mata pagi ini. Kurung moden batik campuran warna warna pelangi ini sukar saya padankan dengan manik dan kristal yang betul-betul menaikkan seri. Namun, bila saya cuba gandingan pink, biru muda dan merah saga, sulaman tampak menyerlah ;). Pilihan lamp glass beads bentuk hati, manik mutiara dan kristal nampak menyerlah bila disulam bersama. 
✿◕ ‿ ◕✿

Wednesday, October 5, 2011

✿*゚Kartina Emerald Crumble

Assalamualaikum, waktu mengemas kini  folder-folder yang ada simpanan gambar-gambar sulaman manik semalam, saya terkejut kerana masih ada lagi Koleksi Aidilfitri 2011 yang belum saya paparkan disini. Untuk Kak Tina, maaf dari saya, semoga tak berkecil hati menanti koleksi peribadi yang tak disiarkan lagi. Material dikirim Kak Tina, kain chiffon eksklusif yang begitu lembut dan fragile. Hampir saja saya patah semangat mencari rekaan yang sesuai. Mengenali Kak Tina, rekaan yang dihasilkan harus mempesona seperti orangnya juga ;). Akirnya saya memilih filigree klasik warna emas sesuai untuk lebaran yang saya gandingkan dengan crumble dari manik mutiara, kristal china dan akrilik warna zamrud. ✿◕ ‿ ◕✿ 



Tuesday, October 4, 2011

✿*゚Dahlia

Hai semua! Secara peribadi saya sangat sukakan rekaan untuk kurung Johor milik kakak Kamsiah yang saya paparkan hari ini. Saya cuba mencipta kelainan dengan menyulam kuntuman dahlia dan taburan manik mutiara, kristal China dan akrilik pada hadapan baju, bawah baju dan hujung lengan. Kerja-kerja menyulam juga mudah kerana materialnya yang tetal.Hasilnya, sangat menarik untuk digayakan ✿◕ ‿ ◕✿