♥ Lovely friends! ♥

Thursday, October 4, 2012

❀❀ Mai's Wedding Dress : Assalamualaikum!



Assalamualaikum semua.. hampir lewat petang baru saya berjaya menulis di sini. Apa khabar? Semoga semuanya berjalan lancar (✿◠‿◠) Maaf dipinta kerana banyak sungguh halangan untuk saya berkongsi rasa dan kreativiti di laman ini. Ramai yang menghubungi dan bertanyakan mengapa saya menyepi. Hampir empat bulan juga saya tidak menulis. Semoga hari ini ada hati yang terubat. Saya juga rindu untuk berkongsi hasil sulaman saya bersama sayang sayang semua! Cuci mata dengan sulaman manik dress persandingan sepupu tersayang, Maisarah Mazlan.. semoga bahagia hingga ke syurga dik! ^__^






Wednesday, May 30, 2012

Tuesday, May 29, 2012

✿❀❁ Midnight Pearl

Assalamualaikum, alhamdulillah, dapat juga saya siarkan hasil sulaman yang sudah lama saya simpan. Kiriman sepasang kurung biru ungu yang begitu mempesona diserikan dengan sentuhan sulaman kuntuman bunga dari saya. Doakan saya kuat dan sihat untuk meneruskan aktiviti menyulam manik ya..(✿◠‿◠)





Monday, April 9, 2012

✿*゚Erny Persica

Assalamualaikum.. setelah beberapa minggu tidak bersiaran saya usahakan juga untuk menyiarkan hasil sulaman halwa mata untuk hari ini. Sedikit kesal kerana banyak rakaman sulaman yang telah lama disiapkan tidak dapat dimuat turun  kerana beberapa masalah  teknikal. Kepada sayang-sayang yang menunggu rekaan sulaman baju anda disiarkan disini, saya mohon maaf kerana menghampakan. Akan saya cuba muatnaik rakaman sulaman yang ada pada telefon bimbit. Kali ini saya siarkan sulaman manik pada baju Erny yang mahukan corak berbunga untuk kebaya polos warna coklat gelap miliknya. Setelah beberapa lakaran dibuat, saya mula menyulam manik, labuci flower bowls  dan pelbagai bentuk kristal berona pic dan jingga pada bawah baju dan hujung lengan kebaya. Padanan warna jingga, pic dan emas memukau untuk digayakan Erny... ✿◕ ‿ ◕✿






Monday, March 5, 2012

✿*゚Akmalina Aztec Gold

Assalamualaikum, semoga ceria di hari yang dingin. Sulaman delima merah kuning ini saya siapkan untuk majlis persandingan Akmalina. Sepasang jubah merah polos dikirim Akmal untuk ditatarias manik, akrilik dan mutiara kaca. Saya gunakan patch lace agar sulaman tampak lebih anggun. Sulaman manik tabur pula disulam keliling patch lace. Pilihan warna kuning gold menjadikan sulaman nampak gah dan berseri sesuai untuk ratu sehari
✿◕ ‿ ◕✿

 Gambar ihsan pengantin, macih :)





Thursday, March 1, 2012

✿*゚Noraini Blue Diamonds

Hai sayanngggg!! Noraini, adik teman baik saya yang telah pun melangsungkan perkahwinan Januari lalu kerisauan apabila kurung moden untuk majlis pernikahannya agak kusam dengan sulaman manik yang gelap. Saya diminta mengolah sulaman yang ada agar lebih ceria. Biru turkuaz jadi pilihannya. Hasilnya, amat menarik untuk digayakan Noraini , semoga bahagia ke alam syurga dear! ✿◕ ‿ ◕✿✿*゚


Gambar ihsan Aini, macih ;)


 
 Sebelum diolah 





Wednesday, February 15, 2012

✿*゚Dzuneeka Adoxa

Salam petang Rabu yang ceria! Semoga hari ini membawa keceriaan pada anda. Siaran hari ini saya bawakan kebaya polos kuning keemasan milik Kak Eka yang disulami crumble berbunga pada lengannya. Saya senang sekali melihat kuntuman bunga yang disulam menggunakan flower bowl sequins  ini. Selebihnya akrilik, kristal China dan manik dari  jenama Apple  menjadi pilihan crumble Kak Eka. ✿◕ ‿ ◕✿




Tuesday, January 31, 2012

✿*゚ Twilight Lavender

Assalamualaikum semua! Semoga hari anda seceria sang suria.. Hari yang ceria wajar diwarnai dengan sulaman yang ceria juga, kerana itu saya memilih sulaman crumble rona ungu pink yang saya suntik kelainan dengan labuci jejurai. Pilihan kristal cina dan metallic glass pearl  yang pelbagai memberi impak menarik pada kurung Johor ungu gelap ini.    ✿◕ ‿ ◕✿




Monday, January 16, 2012

✿*゚ Suraya Jumana

Gambar ihsan dari Su :) macih





Assalamualaikum semua.. Jumana atau mutiara adalah permata khazanah bumi, anugerah Allah yang sangat indah dan amat digemari ramai. Saya juga meminati keunikan gemerlapan permata dari tiram ini. Saya rasa taburan mutiara dan batu kristal yang disulam pada persalinan pengantin atau bakal raja sehari seringkali memukau. Justeru, apabila Su menghubungi saya untuk menatarias kurung moden pertunangannya, saya setuju sekali apabila disaran untuk menggunakan taburan mutiara. Dua ton warna perak mutiara kaca saya gunakan dan diserikan dengan akrilik warna biru. Hasilnya, cukup menarik untuk digayakan Su!
✿◕ ‿ ◕✿

Thursday, January 12, 2012

✿*゚Buttercups






Salam petang khamis! Crumble berbunga untuk siaran hari ini. Kurung moden warna emas kusam ini disulami kristal, manik mutiara dan kuntuman buttercup  dari labuci flowerbowls kuning terang yang menghiasi bahagian leher baju. Gandingan warna emas, kuning terang dan warna berkilat kristal menyerlahkan lagi sulaman crumble pada material yang sedikit berkilat ✿◕ ‿ ◕✿

Tuesday, January 10, 2012

✿*゚Kartina Paeonia

Assalamualaikum semua.  Paparan kali ini hasil sulaman yang telah lama saya siapkan. Baru hari ni dapat dikongsi untuk tatapan bersama. Agak sukar mencari warna labuci yang sepadan dengan warna kuntuman bunga yang menghiasi kurung moden Kak Tina. Setelah beberapa kali  trial and error ,  dapat juga saya padanan yang sesuai. Selebihnya manik tabur dari metallic glass pearl dan manik halus menaikkan seri baju dan memberi efek elegan ✿◕ ‿ ◕✿