♥ Lovely friends! ♥

Monday, April 9, 2012

✿*゚Erny Persica

Assalamualaikum.. setelah beberapa minggu tidak bersiaran saya usahakan juga untuk menyiarkan hasil sulaman halwa mata untuk hari ini. Sedikit kesal kerana banyak rakaman sulaman yang telah lama disiapkan tidak dapat dimuat turun  kerana beberapa masalah  teknikal. Kepada sayang-sayang yang menunggu rekaan sulaman baju anda disiarkan disini, saya mohon maaf kerana menghampakan. Akan saya cuba muatnaik rakaman sulaman yang ada pada telefon bimbit. Kali ini saya siarkan sulaman manik pada baju Erny yang mahukan corak berbunga untuk kebaya polos warna coklat gelap miliknya. Setelah beberapa lakaran dibuat, saya mula menyulam manik, labuci flower bowls  dan pelbagai bentuk kristal berona pic dan jingga pada bawah baju dan hujung lengan kebaya. Padanan warna jingga, pic dan emas memukau untuk digayakan Erny... ✿◕ ‿ ◕✿






2 comments:

  1. Yunk...thanks for your artwork! Mmg cantik dan class. Ramai dah tergoda dgn your beadwork. hahaha...:)

    ReplyDelete