♥ Lovely friends! ♥

Tuesday, January 31, 2012

✿*゚ Twilight Lavender

Assalamualaikum semua! Semoga hari anda seceria sang suria.. Hari yang ceria wajar diwarnai dengan sulaman yang ceria juga, kerana itu saya memilih sulaman crumble rona ungu pink yang saya suntik kelainan dengan labuci jejurai. Pilihan kristal cina dan metallic glass pearl  yang pelbagai memberi impak menarik pada kurung Johor ungu gelap ini.    ✿◕ ‿ ◕✿




Monday, January 16, 2012

✿*゚ Suraya Jumana

Gambar ihsan dari Su :) macih





Assalamualaikum semua.. Jumana atau mutiara adalah permata khazanah bumi, anugerah Allah yang sangat indah dan amat digemari ramai. Saya juga meminati keunikan gemerlapan permata dari tiram ini. Saya rasa taburan mutiara dan batu kristal yang disulam pada persalinan pengantin atau bakal raja sehari seringkali memukau. Justeru, apabila Su menghubungi saya untuk menatarias kurung moden pertunangannya, saya setuju sekali apabila disaran untuk menggunakan taburan mutiara. Dua ton warna perak mutiara kaca saya gunakan dan diserikan dengan akrilik warna biru. Hasilnya, cukup menarik untuk digayakan Su!
✿◕ ‿ ◕✿

Thursday, January 12, 2012

✿*゚Buttercups






Salam petang khamis! Crumble berbunga untuk siaran hari ini. Kurung moden warna emas kusam ini disulami kristal, manik mutiara dan kuntuman buttercup  dari labuci flowerbowls kuning terang yang menghiasi bahagian leher baju. Gandingan warna emas, kuning terang dan warna berkilat kristal menyerlahkan lagi sulaman crumble pada material yang sedikit berkilat ✿◕ ‿ ◕✿

Tuesday, January 10, 2012

✿*゚Kartina Paeonia

Assalamualaikum semua.  Paparan kali ini hasil sulaman yang telah lama saya siapkan. Baru hari ni dapat dikongsi untuk tatapan bersama. Agak sukar mencari warna labuci yang sepadan dengan warna kuntuman bunga yang menghiasi kurung moden Kak Tina. Setelah beberapa kali  trial and error ,  dapat juga saya padanan yang sesuai. Selebihnya manik tabur dari metallic glass pearl dan manik halus menaikkan seri baju dan memberi efek elegan ✿◕ ‿ ◕✿



Thursday, January 5, 2012

✿*゚Ezzati Apatura Iris





Assalamualaikum semua! Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru. Semoga tahun ini yang terbaik dari tahun-tahun yang lalu. Pembuka tirai 2012 saya siarkan sulaman manik untuk Ezzati. Kurung moden polos warna ungu lembut ini saya sulamkan dengan manik, labuci dan akrilik. Gandingan  warna pink dan biru kundang yang membentuk kuntuman bunga dari flowerbowls sequins nampak berseri bila disulam tabur mengelilingi sang rerama dari rona sama.  ✿◕ ‿ ◕✿